Jom beramai-ramai memeriahkan program kami di Pusat Internet 1Malaysia Kg Binjai Bongkok pada 22 Julai 2017 (Sabtu) ini. Hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut bolehlah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Kg Binjai Bongkok.

LITERASIDIGITAL

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok tidak akan beroperasi selama 4 hari bermula 24 - 27 Jun 2017 (Sabtu - Selasa) sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H dan akan beroperasi seperti biasa mulai 28 Jun 2017 (Rabu) pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Harap maklum.

Salam Aidilfitri Dari Kami, Petugas-petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok. Maaf Zahir & Batin.

 raya2017

Untuk makluman, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ingin memperkenalkan modul E-Library yang akan dilaksanakan di Pusat Internet 1Malaysia. E-Library adalah perpustakaan dalam talian yang membolehkan pengguna untuk membaca dan meminjam buku (download) untuk 1 minggu dengan pelbagai ciri-ciri secara PERCUMA. Lebih daripada 4,000 judul buku yang terdapat di perpustakaan dalam talian, termasuk buku audio dan video.

 

Oleh itu, kami ingin menggalakkan kepada semua untuk menggunakan platform E-Library ini bagi galakkan membaca
serta mendapatkan informasi bahan bacaan dari perpustakaan secara atas talian. 
Dilampirkan juga garis panduan untuk mengakses E-Library di https://pnm.overdrive.com/ dan segala pertanyaan anda bolehlah datang ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok ataupun Pusat Internet 1Malaysia yang berdekatan.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Jabatan Advokasi dan Jangkauan (AOD) akan menganjurkan satu pertandingan video pendek mengenai isu penyebaran maklumat yang megelirukan/ palsu bagi komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Pertandingan video pendek ini bertemakan “Tidak Pasti, Jangan Kongsi” akan bermula pada 1 Jun 2017 sehingga 3 Julai 2017 dan menggunakan Facebook sebagai platform.

 

Seperti sedia maklum, penyebaran berita palsu merupakan satu isu lazim di Malaysia dan telah menjadi global pada masa ini. Penyebaran maklumat yang mengelirukan atau palsu akan memberi impak besar terhadap pelbagai isu terutamanya isu keselamatan negara. Oleh yang demikian, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menasihatkan orang awam untuk mendapatkan kesahihan setiap maklumat sebelum ditularkan di laman web www.sebenarnya.my. Objektif pertandingan ini ialah:

 

Mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat  mengenai:

  • Bagaimana menentusahkan sesuatu maklumat dan sumbernya;
  • Menggalakkan pengguna Internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih; dan
  • Kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.

Menggalakkan penglibat aktif dari komuniti Pusat Internet 1Malaysia; dan

Menambah ahli berdaftar PI1M dikalangan komuniti tempatan.

Syarat-syarat penyertaan pertandingan Tidak Pasti, Jangan Kongsi

Untuk makluman, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengadakan satu pertandingan menerbitkan video kreatif imunisasi dengan tema pertandingan adalah "Anda Sihat Kerana Imunisasi Melindungimu". Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 40 tahun. Anda yang berminat adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini. Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini :http://www.infosihat.gov.my/infosihat/incl/pdf/borang_syarat_video_kreatif_imunisasi_2017.pdf atau datang ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok. Hadiah lumayan menanti anda!! 

 

PertandinganVideoKreatifImunisasi