Permohonan secara "ONLINE" Bantuan Perayaan Aidilfitri 2017 akan dibuka mulai 01 APRIL 2017 sehingga 21 APRIL 2017.

Permohonan online ini diwajibkan kepada semua pemohon yang lama dan yang baharu.

Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my/ dan cetak borang permohonan anda untuk dapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing. Lampirkan bersama borang permohonan tersebut:-

        1. Salinan kad pengenalan pemohon,
        2. Salinan kad pengenalan pasangan,
        3. Surat nikah / cerai / mati
        4. Salinan kad pengenalan anak-anak

 

Untuk membuat permohonan online tersebut, anda boleh berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok untuk proses permohonan dan mencetak borang permohonan tersebut.

 

danattb

Untuk makluman adik-adik yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA, semak dahulu course yang layak untuk anda pilih dan bersesuaian dengan kelayakan atau keputusan SPM / STPM anda melalui http://upu.semaksyarat.info/ agar anda tidak membuat keputusan atau pemilihan yang kurang tepat sekaligus menjadikan anda gagal untuk mendapat tempat di IPTA. Buatlah keputusan yang bijak kerana ianya adalah penentu masa depan anda semua.

 upusemakinfo

Permohonan secara "ONLINE" Program Dana Bakti Remaja 2017 akan dibuka mulai 16 JANUARI 2017 sehingga 15 FEBUARI 2017.

Permohonan online ini diwajibkan kepada semua pemohon yang lama dan yang baharu.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:-

  • Pemohon mestilah rakyat Terengganu
  • Wajib daftar SPR (bagi pemohon berumur 21 tahun pada 2017 dikecualikan daftar SPR)
  • Berumur 21 hingga 40 tahun dan belum berkahwin
  • Gaji tidak melebihi RM1500
  • Permohonan boleh dibuat di laman web http://danattb.terengganu.gov.my/
  • Print out borang permohonan dan dapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing.

*Pemohon sedia ada (tahun lepas isi dah) WAJIB isi baru.

*Tertakluk kepada terma dan syarat-syarat.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok untuk proses permohonan dan mencetak borang permohonan yang telah siap diisi.

 danattb

Untuk makluman adik-adik lepasan SPM & STPM yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA, USM, UM, Politeknik dan juga Kolej Komuniti, pembelian No Unik ID untuk pendaftaran permohonan online akan mula dibuka pada 6 Februari 2017 dan adik-adik bolehlah mendaftar permohonan tersebut melalui http://upu.mohe.gov.my/ di Pusat Internet 1Malaysia Kg Binjai Bongkok sehingga 31 Mac 2017.

upu2017

MAKLUMAN PENTING

Permohonan baru atau kemaskini permohonan BR1M 2017 telah dibuka bermula 5 hingga 31 Disember 2016. Anda bolehlah memohon atau mengemaskini permohonan anda secara online melalui  https://ebr1m.hasil.gov.my atau datang ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok bersama-sama salinan berikut:-

    • Salinan kad pengenalan,
    • Salinan kad pengenalan tangungan 
    • Salinan MyKid tanggungan 
    • Salinan buku akaun bank yang aktif 

 

Ianya adalah bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan baru atau kemaskini permohonan BR1M 2017 anda.

jadualBR1M2017