Sukacita dimaklumkan bahawa Konvesyen Usahawan Internet Malaysia 2016 (eNTERWIP 2.0 2016) anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan berlangsung pada 1 – 2 Oktober 2016. Program eNTERWIP 2.0 adalah platform yang dibangunkan oleh pihak KWP untuk menangani jurang maklumat bagi usahawan online. Ianya dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan serta seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.

 

 

Sasaran peserta bagi program ini adalah terbahagi kepada 3 (Tiga) Kategori Utama:

 

1.1      Beginner

– Mereka yang tiada mempunyai apa-apa produk atau perkhidmatan, mahupun idea untuk berniaga tetapi berminat untuk menjana pendapatan dari perniagaan online atau golongan peniaga ’offline’ yang hendak menggunakan manfaat jaringan platform online atau peniaga online yang baru sahaja memulakan perniagaan online;

1.2       Intermediate

– Mereka yang sudah memulakan perniagaan online tetapi mahu mengembangkan perniagaan tersebut ke peringkat yang lebih baik;

1.3       Expert

– Mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan online tetapi mahu memaksimunkan lagi kejayaan mereka melalui peluang, ruang dan ’networking’ yang ada ditawarkan dalam pengisian program ini

 

Program eNTERWIP 2.0 ini turut digerakkan bersama oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), GIATMARA, MARA Wilayah Persekutuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TM, MyNIC, 11thStreet, Mudah.My, SenangPay, TV-Alhijrah serta lain-lain agensi samada terdiri dari sektor kerajaan, koporat, swasta atau persendirian.

 

Pihak MCMC merasakan konvensyen ini amat bermanfaat dan dapat memberi peluang untuk menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan atas talian khususnya kepada usahawan-usahawan atas talian di Pusat-Pusat Internet seluruh Malaysia dan menggalakkan penyertaan dari penduduk dan juga ahli Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok. 

    Tarikh        : 1 – 2 Oktober 2016 (Sabtu dan Ahad)

   Masa          : 10:00 pagi – 05:00 petang

   Tempat       : Putra World Trade Centre (PWTC), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur 

   Tetamu Kehormat : YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor,

                                     Menteri Wilayah Persekutuan

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://enterwip.my/ent1/soalan.php

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.

 

Pelaksanaan program ini sudah berada di Fasa Pertama yang mana ianya berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.

 

Terma & Syarat Penyertaan Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

 

Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my 

 

Datanglah Ke Pusat Internet 1Malaysia Kg Binjai Bongkok dan kami sedia membantu anda semua

 

post posterA4-01

Untuk makluman dan perhatian warga Kampung Binjai Bongkok dan semua yang tinggal berhampiran,

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kampung Binjai Bongkok menjemput anak-anak bermula dari SEKOLAH RENDAH HINGGA KE WARGA EMAS untuk mengikuti Kursus Asas Komputer, Intel Learn Easy Step (ILES) & Intel Entrepreneurship Basic (IEB).

Bayaran bagi SETIAP KURSUS SERENDAH:-

      • RM5.00 kepada ahli Pusat Internet 1Malaysia (Bayaran Sijil)
      • RM10.00 bagi bukan ahli (Bayaran Keahlian Pusat Internet 1Malaysia & Sijil)

 

Sijil bagi Intel Learn Easy Steps (IES) & Intel Etrepreneurship Basic (IEB) - Dikeluarkan oleh SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah ke Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kampung Binjai Bongkok.

Contoh sijil sebagaimana yang dilampirkan di bawah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020.

 

Pengguna-pengguna yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah melawati laman web yang tertera dibawah sebagai panduan dan terma/ syarat yang telah ditetapkan.

 

>> http://www.infosihat.gov.my/infosihat/pengumuman/pertandingan_video_kretif.php

13669158 1073597916026695 7325170612207009657 n