Untuk makluman semua, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok akan mengadakan program Pemeriksaan Mata Percuma pada 05 November 2017, 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini terbuka kepada semua golongan. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat yang besar buat semua pengunjung yang hadir pada hari tersebut.

CHECKUPMATA

Untuk makluman, Pertandingan Boink Ball terbuka kepada semua pengguna Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Binjai Bongkok. Pertandingan akan berakhir pada 31 Disember 2017 dan pemenang akan diumumkan selepas 2 minggu tarikh tutup penyertaan. Untuk keterangan lanjut, anda bolehlah datang ke PEDi Kg Binjai Bongkok dalam waktu terdekat. Jom sertainya kerana hadiah lumayan menanti anda.

BoinkBall

MAKLUMAN:

Permohonan online Bantuan Sesi Persekolahan 2018 untuk rakyat Terengganu akan dibuka bermula Khamis, 5 Oktober 2017.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://danattb.terengganu.gov.my.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2017.

Dana Bantuan Persekolahan TTB akan diagihkan pada Disember 2017 atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Syarat-Syarat Permohonan Dana Bantuan Persekolahan 2018 seperti berikut :
1. Pemohon Suami/Isteri merupakan rakyat negeri Terengganu dan merupakan pengundi berdaftar dalam negeri Terengganu.
2. Pendapatan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM 2500.00 sebulan.
3. Permohonan adalah terhad kepada dua (2) orang tanggungan yang masih bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2018 dan berumur 7 tahun hingga 17 tahun sahaja.

BAGI YANG SUDAH MEMOHON TAHUN-TAHUN LEPAS HANYA PERLU KEMASKINI SAHAJA.

BantuanPersekolahan2017

Untuk makluman, pihak Fakulti Multimedia Creative, Multimedia University (MMU) dengan kerjasama Creative Content Industry Guild Malaysia (CCIG) menganjurkan Digital Creative Content Creation Competition 2017.

Penyertaan terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu orang awam, pelajar sekolah, dan IPTA/IPTS.

Kategori pertandingan :

  • > Photography (Fotografi)
  • > Digital Image Manipulation (Manipulasi imej digital)
  • > New Media (Media Baru)
  • > Video-Short Movie (Video- Cerita Pendek)

Penyertaan adalah secara atas talian, sila layari https://dc3awards.com/

Tarikh Tutup : 31 October 2017.

Dc3posters