Tarikh  : 06 Mac 2024
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : NaDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 1

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membuat resume menggunakan aplikasi atas talian Canva. 

 

Aktiviti

Memberi penrangan kepada peserta cara-cara menggunakan aplikasi atas talian Canva dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menyediakan resume yang kemas dan menarik yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon. Peserta dapat menyediakan resume dengan baik sebagaimana yang diterangkan oelh petugas NaDi.

Gambar di sini

Tarikh  : 18 Februari 2024
Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 5

 

Tujuan

Mempelajari cara-cara membuat stiker produk menggunakan aplikasi Canva.

 

Aktiviti

Memberi penerangan kepada peserta mengenai kelebihan menggunakan aplikasi Canva kepada usahawan terutamanya dalam membuat promosi menggunakan stiker produk atau stiker logo perniagaan. Peserta dapat mempelajari cara membuat stiker yang cantik dan kelihatan formal di mata pelanggan.

Gambar di sini

Tarikh  : 03 Februari 2024
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Latihan PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 6

 

Tujuan

Mengenali perkakasan komputer dan kegunaannya serta belajar menaip menggunakan Microsoft Office Word 2021.

 

Aktiviti

Memberi penerangan kepada peserta mengenai perkakasan komputer dan cara menggunakannya dengan betul. Peserta juga didedahkan dengan cara-cara untuk menaip di Microsoft Office Word 2021. Peserta sangat teruja dan berjaya menggunakan tetikus dengan betul dan juga menaip.

Video di sini

Tarikh  : 07 Februari 2024
Masa : 3.30 petang - 4.30 petang
Tempat : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 2

 

Tujuan

Mengaplikasikan topik pecahan Matematik berdasarkan potongan kek.

 

Aktiviti

Memotong kek berbentuk bulat menggunkan pisau mengikut pecahan-pecahan yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran peserta untuk menguasai topik pecahan Matematik yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Meningkatkan kemahiran dan kefahaman peserta untuk topik pecahan Matematik.

Gambar di sini

Tarikh  : 09 Januari 2024
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Tempat : PEDi Kg Binjai Bongkok
Peserta : 2

 

Tujuan

Mengajak peserta belajar Matematik sambil bermain bagi meningkatkan penguasaan peserta untuk subjek tersebut. 

 

Aktiviti

Menggunakan https://www.liveworksheets.com/ peserta dapat meningkatkan penguasaan terhadap subjek Matematik dengan memahami dan menjawab soalan yang dikemukakan secara atas talian. Meningkatkan penguasaan peserta dalam subjek Matematik.

Gambar di sini