USAHAWAN ONLINE (PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN)

 Nama   : Nor Suhaili Binti Mohd Zaki
 Umur  : 21 tahun
 Ahli   : 22 April 2016
 Facebook   : https://www.facebook.com/lily.suhaili.96

 

Latar belakang

Cik Nor Suhaili Binti Mohd Zaki merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana di UPSI. Beliau menjual pelbagai barangan seperti kosmetik, vitamin, tudung dan lain-lain produk bermula pada tahun 2017 lagi. Pendapatan yang diperolehi beliau hanyalah sekitar RM200 sebulan kerana perkhidmatan dan perniagaan yang dijalankan terhad kepada kenalan rapat sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sukar untuk mempromosikan barangan yang dijual ekoran liputan internet di kawasan kediaman beliau berada pada tahap yang rendah dan sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang diikuti oleh beliau di Pusat Internet, beliau lebih mudah untuk memasarkan produk-produk yang dijual oleh beliau secara atas talian. Kemudahan internet yang laju dan tempat yang selesa di Pusat Internet memudahkan beliau untuk melakukan kerja-kerja mengiklankan produk-produk yang dijual oleh beliau secara atas talian.

 Q2 NORSUHAILI

PENGEDAR SHAKLEE SECARA ONLINE

 Nama   : Nor Shakirah Afiqah Binti Rokib Hisham
 Umur  : 22 tahun
 Ahli   : 10 Jun 2015
 Facebook   : https://www.facebook.com/shakirah.afiqah  

 

Latar belakang

Cik Nor Shakirah Afiqah seorang pelajar Ijazah di UMK mula menceburkan diri dalam perniagaan online Shaklee pada bulan April 2019. Beliau berjinak-jinak dalam perniagaan ini setelah banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang diperolehi beliau selain menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet. Promosi dijalankan menggunakan Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk-produk Shaklee. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM1500.00 dan ke atas.

Q2 SHAKIRAH AFIQAH

USAHAWAN DESSERT ONLINE (BASQUE BURNT CHEESE CAKE,  PUDING ROTI SOS BANJIR, CHEESE TART)

 Nama   : Nur Ezathul Athiya Binti Kamaruzaman
 Umur  : 28 tahun
 Ahli   : 17 Julai 2016
 Facebook   : https://www.facebook.com/mizznea72

 

Latar belakang

Cik Nur Ezathul Athiya merupakan seorang usahawan pencuci mulut atau dessert yang memulakan perniagaan pada tahun 2018. Perniagaan tersebut hanyalah secara suka-suka untuk mengisi masa yang terluang selepas diberi keyakinan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pendedahan dan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan secara langsung dan tidak langsung cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Beliau juga didedahkan cara-cara membuat poster menggunakan Canva.com selain daripada Adobe Photoshop dan Microsoft Office Publisher 2010. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM6000.00 dan ke atas.

SS EZATHUL

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Muhd Azra Izz Bin Kamal
Umur  : 15 tahun 
Ahli  : 08 Disember 2019

 

Latar belakang

Muhd Azra Izz Bin Kamal mula mengunjungi PI Kg Binjai Bongkok untuk menambah ilmu ICT. Beliau berusaha untuk mempelajari dan mendalami ilmu ICT bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau sangat komited dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat di dalamnya dengan betul agar ianya dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan tidak tahu untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baru dengan bimbingan petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok.

PERKHIDMATAN PERAKAUNAN, BISNES ONLINE PRODUK KESIHATAN AMWAY & BARANGAN ELEKTRIK

 Nama   : Norhayati Binti Arifin
 Umur  : 47 tahun
 Ahli   : 16 April 2019 
 Facebook   : https://www.facebook.com/yatiealeesya


Latar belakang

Puan Norhayati merupakan seorang surirumah yang memulakan perniagaan secara online dan servis perakauan secara freelance pada tahun 2017 sehinggalah sekarang selepas beliau meletakkan jawatan untuk kerja hakiki beliau. Pendapatan yang diperolehi beliau hanyalah sekitar RM2000 – RM 3000 sebulan kerana perkhidmatan dan perniagaan yang dijalankan terhad kepada kenalan rapat sahaja 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Kos pengurusan juga sangat tinggi terutama dari segi percetakan dokumen.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Microsoft Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara menggunakan perisian tersebut dalam menyiapkan dokumen kerja di samping meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet serta cara-cara mempromosi produk dan juga servis perakaunan dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk-produk yang diniagakan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000.00 dan ke atas.

Video di sini