USAHAWAN KEK BUAH KUKUS

 Nama   : Nur Sabriah Binti Ismail
 Umur  : 34 tahun
 Ahli   : 10 April 2016
 Facebook Page   : https://www.facebook.com/kekbuahkukussedap
 Instagram  : https://www.instagram.com/baycakes/
 WhatsApp  : www.wasap.my/+60133878183/baycakes

 

Latar belakang

Cik Nur Sabriah telah mula menjalankan perniagaan bermula tahun 2013 dan ketika Covid 19 melanda berlaku di negara kita, perniagaan beliau sedikit terkesan dan beliau telah membuat beberapa perubahan drastik untuk lebih agresif dalam promosi secara atas talian.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Dengan adanya promosi perniagaan digital yang dijalankan oleh pihak PEDi Kg Binjai Bongkok beliau lebih bersedia untuk mempromosi perniagaan beliau menggunakan aplikasi WhatsApp For Business selain daripada e-Marketplace Facebook Page dan Instagram Business.

2

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, SUNTINGAN GAMBAR, PENGENALAN KEPADA INTERNET, WHATSAPP WEB & TELEGRAM WEB

Nama  : Karimah Najihah binti Ramlee
Umur  : 25 tahun
Ahli  : 11 Januari 2022

 

Latar belakang

Cik Karimah Najihah binti Ramlee merupakan seorang pembantu kedai makan yang mula merasakan pentingnya kemahiran dalam bidang ICT ini supaya dapat digunakan di dalam alam pekerjaan beliau serta dapat memperluaskan lagi skop untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Beliau hadir ke PEDi Kg Binjai Bongkok dan sangat berminat untuk menimba ilmu berkaitan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Mempunyai pengetahuan asas namun tidak mengetahui fungsi-fungsi dan kegunaan Microsoft Office 2010 (Word, Excel dan Powerpoint) di lain-lain bidang dalam kehidupan seharian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga Dekstop Publishing kepada beliau. Dengan mengikuti kelas-kelas tersebut beliau tidak lagi kekok untuk menggunakan komputer dan juga perisian-perisian yang terdapat di dalamnya. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keberanian dan kefahaman beliau dalam ilmu ICT. Beliau juga merasakan ilmu ICT ini sangat mudah dipelajari dan difahami apabila melalui kaedah pembelajaran yang betul.

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, SUNTINGAN GAMBAR, POSTER CREATOR, VIDEO MAKER & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Syasya Basyirah Binti Mohd Shahrizal
Umur  : 12 tahun
Ahli  : 12 Ogos 2016

 

Latar belakang

Bermula dengan hanya menyertai program Hari Terbuka PEDi, adik Nur Syaysa Basyirah mula berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu ICT terutamanya cara menggunakan perisian-perisian komputer dengan betul di PEDi dan sangat teruja untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak PEDi terutamanya apabila program tersebut melibatkan pelajar sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan Desktop Publishing yang dijalankan di PEDi Kg Binjai Bongkok, beliau boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dan ianya ditonjolkan dalam menyiapkan latihan yang diberikan semasa kelas berlangsung. Beliau juga lebih faham dan jelas apa yang dipelajari serta boleh mengaplikasikan penggunaan perisian tersebut dengan baik.

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, SUNTINGAN GAMBAR, PENGENALAN KEPADA INTERNET & PEMASARAN ATAS TALIAN E-DAGANG SHOPEE

Nama  : Nor Azira Binti Che Musa
Umur  : 28 tahun
Ahli  : 11 Januari 2022

 

Latar belakang

Puan Nor Azira Binti Che Musa merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang mula merasakan menambah ilmu pengetahuan berkaitan ICT adalah sangat penting pada musim pandemic Covid-19 ini. Beliau hadir ke PEDi Kg Binjai Bongkok dan sangat berminat untuk menimba ilmu berkaitan ICT di PEDi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran beliau

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Tidak mahir menggunakan komputer walaupun asas perisian komputer seperti Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

PEDi Kg Binjai Bongkok telah mengadakan kelas Pengenalan Kepada Komputer dan juga Dekstop Publishing kepada beliau. Dengan mengikuti kelas-kelas tersebut beliau tidak lagi kekok untuk menggunakan komputer dan juga perisian-perisian yang terdapat di dalamnya. Hal ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keberanian dan kefahaman beliau dalam ilmu ICT serta memudahkan beliau untuk menguruskan urusan harian beliau sekarang.

 

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, TELEGRAM WEB, EMAIL, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Ain Fatihah Binti Mohd Bukhori
Umur  : 18 tahun 
Ahli  : 06 April 2021

 

Latar belakang

Nur Ain Fatihah Binti Mohd Bukhori mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer sebagai persediaan untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat universiti. Beliau seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dengan cara yang betul. Beliau juaga diterangkan kegunaan setiap perisian tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint, dan aplikasi atas talian  WhatsApp Web dan Telegram Web bagi memuat turun sesuatu dokumen atau imej sebelum dicetak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan Desktop Publishing yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok, beliau boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dan ianya ditonjolkan dalam menyiapkan latihan yang diberikan semasa kelas berlangsung. Beliau juga lebih faham dan jelas apa yang dipelajari serta boleh mengaplikasikan penggunaan perisian tersebut dengan baik.