USAHAWAN KETUPAT PALAS FROZEN

Nama  : Siti Juriah Binti Mohamad
Umur  : 38 tahun
Ahli  : 19 Mac 2018
Facebook  https://www.facebook.com/kakyah.homemade.5

 

Latar belakang

Puan Juriah Binti Mohamad sebelum ini hanyalah surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan ketupat palas sejuk beku sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan keluarga beliau secara kecil-kecilan. Namun pada awal tahun 2018, beliau telah secara serius menjalankan perniagaan Ketupat Palas Frozen sebagai pekerjaan utama beliau. Ketupat Palas beliau telah diinovasikan dari segi kandungan inti yang dipelbagaikan mengikut kesesuaian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak maklumat-maklumat penting tidak dapat diperolehi dan promosi yang dijalankan beliau tidak begitu meluas dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara membuat kertas kerja untuk mendapatkan status produk halal oleh pihak Jakim dan Rancangan Perniagaan. Beliau turut didedahkan kaedah promosi yang boleh dijalankan menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat mengenai perniagaan beliau. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM5000 dan ke atas.

Video di sini

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNE

Nama  : Nor Artika Binti Mat Zaki
Umur  : 20 tahun 
Ahli  : 10 Disember 2016

 

Latar belakang

Nor Artika Binti Mat Zaki, mula berminat mengunjungi PI Kg Binjai Bongkok setelah selesai peperiksaan SPM. Beliau berusaha untuk mempelajari dan mendalami ilmu ICT bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau sangat komited dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat didalamnya dengan betul agar ianya dapat diaplikasikan di dalam sesi pembelajaran beliau. Beliau juga sentiasa aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan tidak tahu untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat universiti. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baru dengan bimbingan petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok.

 

DROPSHIP MAKANAN KERING

Nama  : Dahana Binti Mat Saman
Umur  : 41 tahun
Ahli  : 12 Ogos 2016
Facebook  : https://www.facebook.com/ana.dahana.3?epa=SEARCH_BOX 7

 

Latar belakang

Puan Dahana Binti Mat Saman atau lebih mesra dengan panggilan Na merupakan seorang pembantu dapur di sebuah Pusat Tahfiz. Beliau memulakan perniagaan dengan kaedah menjadi ejen dropship untuk menambah pendapatan sampingan keluarga beliau bermula pada tahun 2014 lagi. Pada awalnya perniagaan yang dijalankan beliau hanya secara kecil-kecilan dan dijual kepada komuniti setempat yang mengenali diri beliau sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk dropship beliau. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 dan ke atas.

DAHANA

USAHAWAN MAKANAN KERING POPIA SIMPUL

Nama  : Umi Aswati Binti Omar
Umur  : 38 tahun
Ahli  : 05 Januari 2011
Facebook  : https://www.facebook.com/na.zaha.1

 

Latar belakang

Puan Umi Aswati atau lebih mesra dengan panggilan Na merupakan seorang surirumah yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pada akhir tahun 2002. Pada awalnya perniagaan yang dijalankan beliau hanya secara kecil-kecilan dan dijual kepada ahli keluarga terdekat dan komuniti setempat sahaja. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM300 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan secara atas talian iaitu menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk beliau. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM3000.00 dan ke atas.

UMIASWATI

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE WORD 2010, WHATSAPP WEB, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Radhwa Athirah Binti Asli
Umur  : 19 tahun 
Ahli  : 21 Ogos 2015

 

Latar belakang

Radhwa Athirah Binti Asli, seorang pelajar Politeknik Hulu Terengganu yang tinggal bersama keluarganya di Kg Binjai Bongkok. Beliau sangat berusaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat didalamnya dengan  betul agar dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu ICT agar ianya dapat diaplikasikan di dalam sesi pembelajaran beliau di Politeknik. Beliau juga sentiasa menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir mengaplikasikan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office terutamanya Word untuk memudahkan urusan di dalam kehidupan seharian terutama dalam sesi pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT Microsoft Office Word iaitu cara membuat Resume Infografik, Radhwa Athirah semakin yakin dan dapat mengetahui pelbagai kemudahan yang terdapat di dalam perisian Microsoft Office Word 2010. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baru dengan bimbingan petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok.