PERKHIDMATAN SURPRISE DELIVERY

Nama  : Nur Hidayati Binti Ayub
Umur  : 35 tahun
Ahli  : 20 Januari 2018
Facebook  https://www.facebook.com/sugarsweet.sugarsweet.77

 

Latar belakang

Puan Nur Hidayati Binti Ayub atau pun mesra dengan panggilan Cek Da mula menceburkan diri dalam membuat jambangan bunga coklat ini hanyalah sekadar untuk menolong kawan-kawan untuk. Namun lama kelamaan pada suku akhir 2018 timbul minat untuk menawarkan perkhidmatan ini sebagai satu langkah utntuk menjana pendapatan sampingan yang mana pada ketika itu beliau masih lagi bergelar jurulatih di PLKN Padang Kacong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada kenalan rapat dan juga komuniti setempat dan hal ini menyebabkan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Microsoft Office dan Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet seperti melalui Facebook, FB Page, Instagram dan WhatsApp. Beliau juga dibantu oleh petugas-petugas Pusat Internet mengenai cara-cara mempromosi produk di luar talian seperti m\ mengedarkan risalah dan kad perniagaan bagi menarik perhatian pelanggan Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM700.00 dan ke atas.

CHEDA

USAHAWAN MAKANAN BASAH (KEK & ROTI)

Nama  : Noruljauhar Binti Ismail
Umur  : 37 tahun
Ahli  : 18 Januari 2017
Facebook  https://www.facebook.com/noruljauhar.ismail

 

Latar belakang

Puan Nuruljauhar Binti Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Puan Jauhar merupakan seorang bekas kakitangan Kem PLKN Padang Kacong. Beliau mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan pada akhir tahun 2018. Produk-produk yang diniagakan dan mendapat sambutan hangat ialah Melting Cheese Cake, Creampuff, Egg Portugies Tart, Fruit Tart dan lain-lain lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Microsoft Office dan Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk-produk yang diniagakan. Selain daripada promosi atas talian, promosi secara pengedaran risalah dan kad perniagaan juga turut diterangkan bagi menarik pelanggan yang tidak mempunyai sosial media. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 dan ke atas.

Video di sini

Nama  : Rabiatul Adawiyah Binti Rokib Hisham
Umur  : 21 tahun
Ahli  : 08 Mac 2015
Facebook  https://www.facebook.com/rabiatuladawiyah.rokibhisham

 

Latar belakang

Cik Rabiatul Adawiyah seorang pelajar UPM mula menceburkan diri dalam perniagaan online Shaklee pada akhir tahun 2017. Beliau berjinak-jinak dalam perniagaan ini setelah banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang diperoleh beliau selain menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet. Promosi dijalankan menggunakan Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk-produk Shaklee. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 dan ke atas.

SS2

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL POWERPOINT & PUBLISHER), PENDAFTARAN EMEL GMAIL, ASAS ADOBE PHOTOSHOP & ASAS KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Ain Atikah Binti Azman
Umur  : 19 tahun 
Ahli  : 22 Julai 2014

 

Latar belakang

 Nur Ain Atikah merupakan seorang pelajar tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai dan merupakan ahli PI Kg Binjai Bongkok. Beliau sangat berusaha mempelajari cara-cara penggunaan komputer yang betul agar dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu ICT. Beliau juga sentiasa hadir ke PI untuk menyiapkan tugasan sekolah. Selain itu, beliau merupakan ahli yang aktif dimana beliau sentiasa menyertai setiap program atau aktiviti yang diadakan di PI Kg Binjai Bongkok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas bagi komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel, PowerPoint & Publisher), emel dan lain-lain perisian lagi dan ini memberi sedikit kesukaran kepada beliau untuk menyiapkan tugasan sekolah memandangkan pada masa kini kebanyakan tugasan yang diberikan memerlukan penggunaan kemahiran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT iaitu Microsoft Office 2010 (Word, Excel, Powerpoint & Publisher) yang dibimbing oleh petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir menggunakan perisian tersebut dan dapat mengaplikasikan penggunaannya di sekolah terutamanya untuk kemudahan sesi pembelajaran dan juga dalam melengkapkan setiap tugasan yang diberi. Beliau juga diberikan pendedahan oleh PI untuk meningkatkan kemahiran dalam menyunting gambar dan membuat poster menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Dengan kreativiti yang ada pada beliau, beliau berjaya memenangi pertandingan mencipta poster yang dianjurkan oleh PI Kg Binjai Bongkok.

Nama  : Juliani Binti Jaafar
Umur  : 38 tahun 
Ahli  : 08 Julai 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/yani.rawai.7

 

Latar belakang

Puan Juliani Binti Jaafar merupakan seorang surirumah yang sentiasa berusaha menambah pendapatan sampingan keluarga beliau dengan berniaga secara kecil-kecilan dan juga secara atas talian. Beliau menceburkan diri dalam perniagaan online pada awal tahun 2016 setelah mengetahui kelebihan berniaga di atas talian. Beliau juga merupakan dropship kepada beberapa produk seperti Choco Jar, Tudung dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Facebook, Instagram dan WhatsApp yang mana ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui maklumat-maklumat dan promosi terkini produk-produk yang diniagakan beliau. Pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 dan ke atas.

SS1