BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, TELEGRAM WEB, EMAIL, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nur Anis Syafiqah Binti Hamidun
Umur  : 18 tahun 
Ahli  : 06 April 2021

 

Latar belakang

Nur Anis Syafiqah Binti Hamidun mengunjungi Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer sebagai persediaan untuk melanjutkan pembelajaran ke peringkat universiti. Beliau seorang yang sangat bersungguh-sungguh dan tidak malu untuk bertanya dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat di dalamnya dengan cara yang betul dan kegunaan setiap perisian tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan Desktop Publishing yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari dan ianya ditonjolkan dalam menyiapkan latihan yang diberikan semasa kelas berlangsung. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.

Usahawan Produk Kesihatan Mata (Ainun Beauty)

 Nama   : Nur Hafizatul Akmal Binti Alias
 Umur  : 22 tahun
 Ahli   : 21 Disember 2016
 Facebook   : https://www.facebook.com/nurhafizatul.akmal.5

 

Latar belakang

Cik Nur Hafizatul Akmal merupakan seorang pelajar sepenuh masa di Al-Madinah International University dan menceburkan diri dalam perniagaan Ainun Beauty sebagai ejen untuk meraih pendapatan sampingan ketika Covid-19 melanda negara kita. Pada awalnya beliau hanyalah menjalankan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dan memperoleh pendapatan sekitar RM500 sebulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan komuniti setempat sahaja. Beliau juga merasa kurang berkeyakinan dengan promosi yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Dengan penglibatan PIK dan penggunaan kemudahan internet, beliau berani mempromosi secara besar-besaran menggunakan Facebook Page milik beliau yang dikenali sebai Eyefood Vitamin C Mata dan juga melalui aplikasi WhatsApp peribadi dan WhatsApp for Business milik beliau. Secara tidak langsung, produk yang beliau niagakan mendapat sambutan hangat dan telah meraih pendapatan bulanan sebanyak RM1000.

HAFIZATUL

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nabilah Binti Mat Zan
Umur  : 15 tahun 
Ahli  : 01 April 2015

 

Latar belakang

Nabilah Binti Mat Zan mula mengunjungi Pusat Internet Komuniti bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau sangat komited dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat di dalamnya dengan betul agar ianya dapat diaplikasikan di dalam sesi pembelajaran beliau seharian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan Microsoft Office atau ILES yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.

USAHAWAN ALAT GANTI KENDERAAN OFFLINE & ONLINE

 Nama   : Muhamad Azman Bin Alias
 Umur  : 23 tahun
 Ahli   : 01 Februari 2021
 Facebook   : https://www.facebook.com/ehh.amang.9

 

Latar belakang

Encik Muhamad Azman telah mengusahakan sebuah bengkel yang diberi nama A.M.G xD Motorsport sejak 10 Mei 2016 di mana sebelum wujudnya bengkel ini beliau hanyalah seorang tukang cuci masjid dan membantu ayahnya menjadi nelayan untuk meraih pendapatan sampingan. Bermula dengan minat yang mendalam mengenai permotoran, beliau telah membuka bengkel alat ganti motosikal dengan modal persendirian dan memperolehi pendapatan sekitar RM800 sebulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan komuniti setempat sahaja  menggunakan kad perniagaan dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Dengan penglibatan PIK dan penggunaan kemudahan internet, beliau berani menceburi pembelian alat ganti secara atas talian di luar negara untuk dipasarkan di dalam negara. Beliau juga telah mempromosi perniagaan menggunakan media sosial seperti Facebook, Shopee, WhatsApp dan Instagram. Beliau juga telah berjaya menjual produk-produk yang diniagakan dan pendapatan bulanan beliau juga telah meningkat kepada RM4000 sebulan.

Video di sini

USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN

 Nama   : Farah Shahirah Binti Mohd Nooh
 Umur  : 21 tahun
 Ahli   : 15 Ogos 2020
 Facebook   : https://www.facebook.com/farah.shahirah.12

 

Latar belakang

Cik Farah Shahirah Binti Mohd Nooh merupakan lepasan IPT yang masih belum mempunyai pekerjaan mula mengorak langkah dengan berniaga atas talian bagi menjana pendapatan. Beliau memulakan perniagaan ini setelah tamat pengajian beliau sekitar Mac 2020. Pendapatan bulanan yang diperolehi pada permulaannya adalah sekitar RM100 sebulan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau terhad kepada ahli keluarga dan komuniti setempat  sahaja dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Ianya disebabkan kurang keyakinan untuk mempromosi secara lebih meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan PI dalam meningkatkan keyakinan beliau menjalankan promosi secara atas talian, beliau semakin menyerlah dalam memperkenalkan produk-produk yang diniagakan oleh beliau kepada kenalan dan bukan kenalan melalui pelbagai kemudahan media sosial termasuklah Facebook, WhatsApp dan Instagram. Beliau juga telah berjaya menjual produk-produk yang diniagakan dan pendapatan bulanan beliau juga telah meningkat melebihi RM500 sebulan.

 FARAH SYAHIRAH