BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, RESUME, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Nor Elifa Binti Nor Kodin
Umur  : 16 tahun 
Ahli  : 12 Ogos 2016

 

Latar belakang

Nor Elifa Binti Nor Kodin mula mengunjungi PI Kg Binjai Bongkok setelah menduduki peperiksaan UPSR. Beliau berusaha untuk mempelajari dan mendalami ilmu ICT bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau sangat komited dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat di dalamnya dengan betul agar ianya dapat diaplikasikan di dalam sesi pembelajaran beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan tidak tahu untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat sekolah menengah terutamanya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2021. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baru dengan bimbingan petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok.

USAHAWAN SAMBILAN PRODUK COWAY

Nama  : Mohamad Noor Fahmi bin Ibrahim
Umur  : 26 tahun
Ahli  : 12 Ogos 2016
Facebook  https://www.facebook.com/cowayonlineservicefahmi/

 

Latar belakang

Encik Mohamad Noor Fahmi bin Ibrahim merupakan seorang pemandu Grab sepenuh masa bermula Jun 2019. Beliau mula berminat untuk menjual produk COWAY sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan beliau pada awal Julai 2019 secara atas talian. Pada awalnya pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan disebabkan ramai yang telah menggunakan produk COWAY ini di sekitar Negeri Terengganu ini dan masa yang terhad untuk beliau berjumpa pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau tidak begitu meluas dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Pendapatan sampingan bulanan beliau sekitar RM500 dan ke bawah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet (PI) Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet. PI juga mendedahkan beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Faceboook Page, Instagram dan WhatsApp. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM1000 dan ke atas setiap bulan.

FAHMI

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE 2010, WHATSAPP WEB, ADOBE PHOTOSHOP, RESUME, SUNTINGAN GAMBAR & PENGENALAN KEPADA INTERNET

Nama  : Munirah Najihah Binti Mohd Zuki
Umur  : 22 tahun 
Ahli  : 15 Ogos 2014

 

Latar belakang

Munirah Najihah Binti Mohd Zuki merupakan ahli PI yang aktif di Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok. Daripada zaman pesekolahan lagi beliau sentiasa mengunjungi PI Kg Binjai Bongkok untuk menyelesaikan tugasan sekolah hinggalah sekarang dalam mengharungi alam pekerjaan. Beliau berusaha untuk mempelajari dan mendalami ilmu ICT bagi meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau sangat komited dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat didalamnya dengan betul agar ianya dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian beliau. Beliau sentiasa menjadikan PI sebagai rujukan ketika menghadapi permasalahan dalam bidang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel, PowerPoint dan tidak tahu untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan seharian. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT Microsoft Office, E-Resume dan Bengkel Adobe Photoshop yang dijalankan di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dan di alam pekerjaan. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baru dengan bimbingan petugas Pusat Internet Kg Binjai Bongkok.

 

STOKIS MINYAK URUT MODEN MMG

Nama  : Puan Normastura Binti Hassan
Umur  : 34 tahun
Ahli  : 15 November 2019
Facebook  https://www.facebook.com/normastura.hasan

 

Latar belakang

Puan Normastura Binti Hasan adalah seorang surirumah yang mula menceburkan diri dalam perniagaan online Minyak Urut Moden MMG bermula pada tahun 2016 lagi. Bermula dengan menjadi dropship dan pendapatan sampingan yang diperolehi beliau adalah RM 200.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir dalam penggunaan Instagram dan pendapatan bulanan beliau sekitar RM500 dan ke bawah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet (PI) Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet. PI juga mendedahkan beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan secara online menerusi Instagram. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM1600 dan ke atas setiap bulan dan beliau kini menjadi stokis bagi Minyak Urut Moden MMG.

NORMASTURA

USAHAWAN PERKHIDMATAN MENJAHIT LANGSIR

Nama  : Puan Zainab Binti Mamat
Umur  : 33 tahun
Ahli  : 8 Julai 2018
Facebook  : https://www.facebook.com/zainab.b.mamat

 

Latar belakang 

Puan Zainab Binti Mamat memulakan perniagaan tempahan menjahit langsir pada tahun 2013. Beliau menghasilkan pelbagai koleksi atau rekaan langsir mengikut citarasa pengguna. Pada peringkat awalnya perniagaan yang beliau jalankan hanya terhad di kalangan ahli keluarga dan komuniti setempat sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi yang dijalankan beliau tidak begitu meluas dan pendapatan yang diperolehi kurang memberangsangkan. Pendapatan bulanan beliau sekitar RM100 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Latihan Keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau mendapat pencerahan yang lebih jelas cara-cara untuk meningkatkan jualan produk beliau melalui kemudahan internet dan cara-cara mempromosi produk dengan lebih efisien. Pusat Internet juga mendedahkan kepada beliau cara-cara promosi yang boleh dijalankan menerusi Dashboard Komuniti MyShop, Facebook, Instagram dan WhatsApp. Dengan penglibatan ICT dan PI, pasaran perniagaan beliau lebih meluas dan pendapatan sampingan bulanan beliau kini mencecah RM500 dan ke atas.

ZAINAB