BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE (WORD & EXCEL), PENDAFTARAN EMEL GMAIL, WHATSAPP WEB & ASAS KEPADA INTERNET

Nama  : Zaini Binti Awang
Umur  : 50 tahun 
Ahli  : 15 Januari 2011 

 

Latar belakang

Puan Zaini merupakan seorang guru Tabika Kemas Kg Tasek di bawah Dun Alur Limbat dan merupakan ahli PI Kg Binjai Bongkok. Beliau sangat berusaha mempelajari cara-cara penggunaan komputer yang betul agar dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu ICT. Beliau juga sentiasa hadir ke PI untuk merungkaikan kemusykilan beliau sekiranya berkaitan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas bagi komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint), emel dan lain-lain perisian lagi dan ini memberi sedikit kesukaran kepada beliau untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT iaitu Microsoft Office 2010 (Word & Excel) yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin mahir menggunakan perisian tersebut dan dapat mengaplikasi penggunaannya di sekolah terutamanya untuk kemudahan sesi pembelajaran dan juga pengurusan Tabika. Beliau juga diberikan pendedahan oleh Pusat Internet untuk meningkatkan kemahiran penggunaan sistem kerajaan terutamanya SPA Online dan HRMIS 2.0 yang merupakan keperluan semasa sebagai kakitangan kerajaan.

 

Nama  : 'Izzuddin Bin Yaacob
Umur  : 22 tahun 
Ahli  08 Julai 2018
Facebook  https://www.facebook.com/izzuddin.yaacob  

 

Latar belakang

Encik ‘Izzuddin Bin Yaacob merupakan seorang pelajar UNISZA di dalam bidang Sarjana Muda Atropologi. Beliau mula menjinakkan diri dalam perniagaan secara offline sebagai ejen kepada produk Ramen dan Int3tree Supplement  sekitar akhir tahun 2017 dan mula berniaga secara online pada awal tahun 2018 sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan sampingan sebagai seorang pelajar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Penjualan produk dan promosi perniagaan beliau sangat terhad kepada kenalan-kenalan rapat di universiti sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, perniagaan beliau kini lebih mudah untuk dipromosikan bukan hanya di negeri Terengganu malahan seluruh Malaysia. Beliau juga sentiasa mendapatkan nasihat di PI Kg Binjai Bongkok untuk meningkatkan pemasaran produk beliau menggunakan Facebook, Facebook Group dan Instagram. Beliau juga menggunakan Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosikan produk beliau setelah mengetahui kelebihan menggunakan aplikasi tersebut. Pendapatan bulanan beliau semakin meningkat kepada sekitar RM500 ke RM1000.

Video di sini

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWERPOINT), ADOBE PHOTOSHOP & ASAS KEPADA INTERNET

Nama  : Noor Fakhira Aqeela Binti Azham
Umur  : 20 tahun 
Ahli  : 21 Januari 2017 

 

Latar belakang

Noor Fakhira Aqeela Binti Azham atau lebih dikenali dengan Fakhira mula menambah ilmu berkaitan ICT di PI Kg Binjai Bongkok sewaktu menunggu keputusan SPM. Beliau bersama rakan-rakan sangat teruja untuk mempelajari Asas Microsoft Office kerana ianya merupakan keperluan yang sangat penting pada masa akan datang terutama sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajiannya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas bagi komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dan ini memberi sedikit kesukaran kepada beliau dalam menyelesaikan tugasan sekolah dan juga tugasan harian yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT iaitu Asas Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau semakin berkeyakinan malah beliau sangat berusaha dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang disediakan oleh Pusat Internet dalam sesi pembelajaran tersebut. Hal ini demikian kerana rasa terdorong untuk meningkatkan kemahiran serta keinginan untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari oleh beliau. Beliau juga diperkenalkan oleh pihak PI tentang penggunaan perisian Adobe Photoshop sebagai kemahiran tambahan di bidang ICT.

 

Nama  : Juliana Binti Jaafar
Umur  : 38 tahun 
Ahli  : 06 Mac 2016
Facebook  https://www.facebook.com/juliana.jaafar.771

 

Latar belakang

Puan Juliana Binti Jaafar merupakan seorang kakitangan kerajaan dan juga seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan secara sambilan sebagai salah satu cara menambah pendapatan sampingan beliau dan keluarga. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan online ini bermula pada awal tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Promosi perniagaan beliau sangat terhad kepada kenalan-kenalan rapat yang tinggal di kawasan sekitar Daerah Marang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok perniagaan beliau kini lebih mudah untuk dipromosikan bukan hanya di negeri Terengganu malahan seluruh Malaysia. Beliau lebih berfikiran terbuka dan semakin berani dalam mempromosi produk beliau di Facebook dan WhatsApp. Beliau juga menggunakan Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosi produk beliau setelah mengetahui kelebihan mempromosi menggunakan aplikasi tersebut. Pendapatan bulanan beliau semakin meningkat kepada RM200 ke RM500.

Q3USAHAWAN1

Nama  : Nor Shakirah Afiqah Binti Rokib Hisham
Umur  : 20 tahun 
Ahli  : 25 Mei 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/Cendol-parking-dalam- 1392243584402673/

 

Latar belakang

Cik Nor Shakirah Afiqah dan keluarga telah memulakan perniagaan Cendol Parking Dalam bermula pada akhir tahun 2013 secara offline dan kecil-kecilan. Promosi perniagaan yang dijalankan hanyalah dari mulut ke mulut pelanggan beliau sahaja dan sangat terhad kepada penduduk setempat dan sekitar sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau dan keluarga hanya sekitar RM1000.00 sahaja sebulan dan promosi juga sangat terhad. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau bersama keluarganya telah digalakkan untuk mempromosi menggunakan video dan telah berjaya membuat satu video yang sangat menarik dan kreatif. Promosi juga dijalankan menggunakan Facebook Page Cendol Parking Dalam  dan ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui waktu operasi dan juga maklumat-maklumat terkini perniagaan. Pendapatan bulanan perniagaan beliau dan keluarganya kini juga mencecah RM3000.00 dan ke atas sebulan.

Video di sini