Nama    : Nurul Jannah Binti Ismail
 Umur  : 28 Tahun
 Ahli   : 22 Julai 2017
 Facebook  : https://www.facebook.com/profile.php?id=100008567671178

 

Latar belakang

Puan Nurul Jannah merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan menjual produk Tupperware secara atas talian bermula pada awal tahun 2017. Pada awal penglibatan beliau, perniagaan yang dijalankan oleh beliau hanyalah secara offline sahaja dan pendapatan beliau hanyalah di bawah lingkungan RM500 ke bawah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau hanyalah diketahui dan dikenali oleh rakan-rakan setempat dan sangat terhad pasarannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pemasaran produk secara atas talian, perniagaan beliau lebih mudah dipasarkan dan lebih dikenali secara meluas lagi. Beliau semakin besemangat menjalankan perniagaan secara atas talian setelah pendapatan yang diperolehinya meningkat secara mendadak. Pemasaran secara atas talian yang digunakan oleh beliau ialah melalui Facebook dan juga WhatsApp. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan oleh pihak PI Kg Binjai Bongkok platform pemasaran baru iaitu Dashboard Komuniti PI yang membolehkan beliau mempromosikan perniagaan beliau ke seluruh Malaysia.

SSQ3JANNAH

BELAJAR INTEL LEARN EASY STEPS (ILES), MICROSOFT PUBLISHER, ADOBE PHOTOSHOP & POWTOON.COM

Nama : Muhammad Azzaruddin Bin Abdul Rahman
Umur : 14 tahun
Ahli : 07 Disember 2016

 

Latar belakang

Muhammad Azzaruddin menjadi ahli yang sangat aktif di Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok dan sentiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan di PI setelah mengetahui kelebihan mengenai kewujudan PI. Beliau sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan ICT beliau bersesuaian dengan peredaran tahap pendidikan semasa. Beliau juga menghadiri kursus Intel Learn Easy Steps (ILES) untuk memahirkan diri menggunakan Microsoft Office sebagai salah satu langkah persediaan untuk meningkatkan keyakinan diri dan juga pengetahuan ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan komputer dan tidak mengetahui kelebihan-kelebihan menggunakan perisian-perisian komputer yang disediakan di PI terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint untuk kemudahan urusan harian dan hanya menggunakan Youtube sahaja ketika berada di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah dapat menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint)  dengan baik dan semakin mahir malahan dapat menyiapkan latihan-latihan yang diberikan. Beliau juga semakin bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru untuk menyunting gambar dan membuat poster dengan menggunakan Microsoft Office Publisher, Adobe Photoshop dan menyertai pertandingan membuat poster Dashboard. Beliau juga mengikuti kelas dan pertandingan mereka video melalui Powtoon.com.