BELAJAR MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) & ADOBE PHOTOSHOP

Nama  : Muhammad Syahmi Bin Mohd Rosli 
Umur  : 16 tahun 
Ahli  : 22 Ogos 2015 

 

Latar belakang

Muhammad Syahmi merupakan seorang remaja yang sentiasa berusaha menuntut ilmu ICT di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Binjai Bongkok. Beliau sangat gigih mendalami ilmu ICT seawal usia 13 tahun lagi dan seorang remaja yang sangat bersemangat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan PI1M Kg Binjai Bongkok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian komputer yang terdapat di PI1M Kg Binjai Bongkok terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) terutama untuk menyelesaikan tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT terutamanya Intel Learn Easy Steps (ILES) yang dibimbing oleh PI1M Kg. Binjai Bongkok, beliau kini sangat berkeyakinan dan dapat membantu rakan-rakan beliau sekiranya terdapat permasalahan ketika membuat tugasan sekolah yang melibatkan kemahiran ICT terutamanya di dalam Microsoft Office Word dan juga PowerPoint. Malahan beliau juga semakin berani mencuba perisian-perisian  lain yang disediakan di PI1M seperti Adobe Photoshop, Microsoft Office Publisher dan lain-lain.

 

 Nama  : Nur Syahirah Binti Roslan 
 Umur : 19 Tahun 
 Ahli : 30 Oktober 2017
 Facebook https://www.facebook.com/nur.syahirah.733450

 

Latar belakang

Puan Nur Syahirah atau lebih dikenali sebagai Puan Ira merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan secara atas talian bermula pada awal tahun 2017. Pada awal penglibatan beliau, perniagaan yang dijalankan oleh beliau hanyalah untuk membantu memasarkan produk-produk yang terdapat di tempat kerja beliau sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau hanyalah diketahui dan dikenali oleh rakan-rakan setempat dan sangat terhad pasarannya. Pendapatan juga kurang memberangsangkan dan beliau tiada pengalaman dalam pemasaran online menggunakan Facebook secara meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui pemasaran produk secara online selepas mengikuti kelas Microsof Office di PI Kg Binjai Bongkok yang mana petugas juga turut menyelitkan cara-cara mempromosi secara atas talian dengan lebih berkesan, perniagaan beliau lebih mudah dipasarkan dan lebih dikenali secara meluas lagi. Beliau semakin yakin dengan perniagaan secara online yang dijalankan setelah pendapatan bulanan yang diperolehinya meningkat kepada RM750 dan ke atas setelah iklan-iklan yang dibuat lebih terbuka dan tidak tertumpu kepada rakan-rakan sekelilingnya. Pemasaran secara atas talian yang digunakan oleh beliau ialah melalui Facebook dan WhatsApp. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan oleh pihak PI1M mengenai platform pemasaran baharu Dashboard Komuniti PI yang membolehkan beliau mempromosi perniagaan beliau kepada komuniti PI.

Video di sini

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE ( WORD, EXCEL & POWERPOINT), MEMBUKA AKAUN EMAIL DAN E-REZEKI

 Nama  : Rosmani Binti Hussain 
 Umur : 48 tahun 
 Ahli : 30 Oktober 2017 

 

Latar belakang

Puan Rosmani menjadi ahli di Pusat Internet (PI) Kg Binjai Bongkok setelah mengetahui peluang-peluang yang memberikan keuntungan kepada beliau untuk mempelajari dan meningkatkan pengetahuan ICT.  Beliau berusaha untuk meningkatkan pengetahuan ICT beliau bersesuaian dengan peredaran tahap pendidikan semasa. Beliau juga menghadiri kelas yang diadakan di PI Kg Binjai Bongkok untuk memahirkan diri menggunakan Microsoft Office sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menggunakan komputer dan juga pengetahuan ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kurang mahir menggunakan komputer dan tidak mengetahui kelebihan-kelebihan menggunakan perisian-perisian komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau telah dapat menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dengan baik dan semakin mahir malahan dapat menyiapkan latihan-latihan yang disediakan. Beliau juga semakin bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baharu malah sangat teruja dalam menambah kemahiran ICT. Beliau turut diperkenalkan platform terbaharu untuk menjana pendapatan secara digital iaitu eRezeki dan juga Dashboard Komuniti PI dan kegunaannya.

 

 

 Nama  : Nor Izuani Binti Othman 
 Umur : 28 Tahun
 Ahli : 12 Januari 2017 
 Facebook https://www.facebook.com/nurin.irdhina

 

Latar belakang

Puan Nor Izuani merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan menjual produk perfume berjenama De’Xandra secara atas talian bermula pada awal bulan Ogos 2017. Pada awal penglibatan beliau, perniagaan yang dijalankan oleh beliau hanyalah memperoleh pendapatan di bawah lingkungan RM200 ke bawah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau hanyalah diketahui dan dikenali oleh rakan-rakan setempat dan sangat terhad pasarannya. Pendapatan juga kurang memberangsangkan dan promosi yang dijalankan kurang berkesan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berusaha menimba ilmu pemasaran online di PI Kg Binjai Bongkok dan juga melalui rakan-rakan yang mahir, perniagaan beliau lebih mudah dipasarkan dan lebih dikenali secara meluas lagi. Beliau semakin besemangat menjalankan perniagaan secara atas talian setelah pendapatan bulanan yang diperolehinya meningkat kepada RM500 dan ke atas. Pemasaran secara atas talian yang digunakan oleh beliau ialah melalui Facebook, Facebook Page dan juga WhatsApp. Selain itu, beliau juga turut diperkenalkan oleh pihak PI Kg Binjai Bongkok platform pemasaran baru iaitu Dashboard Komuniti PI yang membolehkan beliau mempromosikan perniagaan dengan lebih meluas lagi.

izuani

Nama : Norizan Bin Hashim
Umur : 36 tahun
Ahli : 20 Mac 2015
Facebook https://www.facebook.com/norizan.hashim.31

 

Latar belakang

Cik Norizan Binti Hashim menjalankan perniagaan secara atas talian melalui facebook dan whatsapp sebagai salah satu cabang untuk menambah pendapatan sampingan dengan menjual produk-produk Fleur, Wan Perfume dan Wange Parfum bermula pada bulan Julai 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan beliau mendapat sambutan namun promosi yang dijalankan oleh beliau agak terhad dan tidak teratur.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas Intel Learn Easy Steps (ILES) yang dihadiri beliau di Pusat Internet (PI) Kampung Binjai Bongkok, promosi beliau menjadi lebih teratur melalui iklan yang dibuat. Selain itu, beliau juga turut disarankan untuk mempromosi di facebook page yang terdapat di laman sosial facebook dan whatsapp group agar perniagaan beliau lebih dikenali.