Nama  : Nor Shakirah Afiqah Binti Rokib Hisham
Umur  : 20 tahun 
Ahli  : 25 Mei 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/Cendol-parking-dalam- 1392243584402673/

 

Latar belakang

Cik Nor Shakirah Afiqah dan keluarga telah memulakan perniagaan Cendol Parking Dalam bermula pada akhir tahun 2013 secara offline dan kecil-kecilan. Promosi perniagaan yang dijalankan hanyalah dari mulut ke mulut pelanggan beliau sahaja dan sangat terhad kepada penduduk setempat dan sekitar sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau dan keluarga hanya sekitar RM1000.00 sahaja sebulan dan promosi juga sangat terhad. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok, beliau bersama keluarganya telah digalakkan untuk mempromosi menggunakan video dan telah berjaya membuat satu video yang sangat menarik dan kreatif. Promosi juga dijalankan menggunakan Facebook Page Cendol Parking Dalam  dan ianya dapat memudahkan para pelanggan untuk mengetahui waktu operasi dan juga maklumat-maklumat terkini perniagaan. Pendapatan bulanan perniagaan beliau dan keluarganya kini juga mencecah RM3000.00 dan ke atas sebulan.

Video di sini

Nama  : Muhamad Syaiful Hakimie Bin Abd Manan
Umur  : 20 tahun 
Ahli  : 25 Mei 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/syaiful.hakimie.5

 

Latar belakang

Encik Muhamad Syaiful Hakimie telah memulakan perniagaan beliau bersama sepupunya yang dikenali sebagai ANIJA Enterprise pada tahun 2016. Beliau menjalankan perniagaan menjual makanan kering di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan dan promosi perniagaan beliau sangat terhad kepada pengunjung Pasar Kedai Payang sahaja dan tidak dikenali ramai. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok perniagaan beliau kini lebih mudah untuk dipromosikan bukan hanya di negeri Terengganu malahan seluruh Malaysia. Beliau juag menggunakan Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosi produk beliau setelah mengetahui kelebihan mempromosi  menggunakan aplikasi tersebut. Pendapatan bulanan beliau semakin meningkat kepada RM1500 – RM2000.

SYAIFUL

 

Nama  : Osman Jailani Bin Mohamed
Umur  : 27 tahun 
Ahli  : 8 Februari 2018 
Facebook  https://www.facebook.com/honda.icon.71  

 

Latar belakang

Encik Osman Jailani memulakan penglibatan beliau di dalam perniagaan Kerepek Pisang Sira Madu ini setelah berhenti kerja. Beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya menjual produk beliau di dalam kuantiti yang sedikit yang mana dipek kecil sahaja iaitu RM2 per pek. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan milik beliau hanya diketahui oleh rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja. Dari segi pendapatan yang diperoleh pula kurang daripada RM500.00 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT teutamanya menggunakan Whatsapp dan Facebook, perniagaan yang dijalankan beliau lebih dikenali ramai dan mendapat tempahan di luar jangkaan malahan beliau juga telah menerima tempahan dari luar negara iaitu Beijing sebanyak 300 bungkus setiap bulan melalui pemborong dalam negara. Pendapatan bulanan beliau juga mencecah RM3500.00.  

Q1SSUSAHAWAN       

BELAJAR ASAS PENGGUNAAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL, POWERPOINT)

Nama  : Muhammad Hasbi Haziq Bin Azlizam
Umur  : 13 tahun 
Ahli  : 20 April 2018 

 

Latar belakang

Muhammad Hasbi Haziq menghadiri kelas ICT yang dianjurkan di Pusat Internet Kg Binjai Bongkok bersama bapa saudara dan juga sepupunya. Beliau sangat teruja untuk mempelajari Asas Microsoft Office kerana ianya merupakan keperluan untuk sesi pembelajarannya di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang mahir menggunakan perisian-perisian komputer terutama Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) dan ini memberi sedikit kesukaran kepada beliau dalam menyelesaikan tugasan harian sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT iaitu Asas Microsoft Office (Word, Excel dan PowerPoint) yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Binjai Bongkok, beliau sangat berkeyakinan malah beliau sangat berusaha dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang disediakan oleh Pusat Internet dalam sesi pembelajaran tersebut. Hal ini demikian kerana rasa terdorong untuk meningkatkan kemahiran serta keinginan untuk mengaplikasi apa yang telah dipelajari oleh beliau.

 

Nama  : Rosli Bin Yusof 
Umur  : 37 tahun 
Ahli  : 23 November 2013 
FB Page  https://www.facebook.com/Lemang-PUYOK-KERE-SQM-1302936099815322/  

 

Latar belakang

Encik Rosli Bin Yusof telah memulakan perniagaan membuat Lemang Periuk Kera pada tahun 2016 secara offline dan kecil-kecilan. Beliau hanya memasarkan produk beliau kepada rakan-rakan di tempat kerja isteri beliau dan jiran-jiran yang tinggal berhampiran rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500.00 sahaja sebulan dan promosi juga sangat terhad. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Binjai Bongkok beliau bersama isterinya kini telah berani dalam mempromosikan produk Lemang Periuk Kera di Facebook miilik isterinya dan juga di Facebook Page Lemang Puyok Kere SQM. Pelanggan beliau kini dari seluruh negeri Terengganu yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui Facebook dan Facebook Page tersebut. Beliau dan isteri juga banyak mempromosikan produk menggunakan aplikasi Whatsapp milik mereka. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 – RM2000.

Video di sini